Hari ini saya berpeluang menyaksikan Pesta Buah-Buahan Dan Agri Makanan 2008 bertempat di Taman Rekreasi Kampong Parit. Banyak gerai-gerai pameran dan jual-jualan didirikan di kawasan taman tersebut. Saya telah dimaklumkan awal oleh bapa saudara saya, Tuan Haji Ishak bahawa beliau akan mengambil serta dalam pameran dan jualan ini. Di sini saya telah memasukkan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu pameran tersebut dijalankan.
Sunday, July 13, 2008
Tongkat Kayu Siti Fatimah Limabelas
Tongkat Kayu ini dihiasi dengan kepala tongkat berbentuk lencong, dicantum dengan limabelas jenis kayu. Kayu Siti Fatimah, Kayu Sakang Seribu, Kayu Madang Sisik, Kayu Tolong-Tolong, Kayu Sambar Bisa,Kayu Arang, Kayu Sepatir, Kayu Kulimpapa Tanduk, Kayu Simpur Laki, Kayu Salumar, Kayu Semala, Kayu Limpanas, Kayu Asam Jawa, Kayu Mali-Mali dan Kayu Marbau. Batang tongkat ini dibuat dengan menggunakan Kayu Siti Fatimah. Panjang tongkat ini ialah 88cm.
Labels:
cane,
koleksi tongkat,
tongkat,
tongkat kayu,
walking stick
Tongkat Kayu Komando Tigabelas
Tongkat Kayu Komando ini menggunakan reka bentuk bunga pusar dihiasi dengan tigabelas jenis kayu di Kepala Tongkat. Kayu Kayunya ialah Kayu Siti Fatimah, Kayu Tolong-Tolong,
Kayu Madang Sisik, Kayu Mali-Mali, Kayu Sambar Bisa, Kayu Sepatir, Kayu Sakang Seribu, Kayu Simpur Laki, Kayu Limpanas, Kayu Kulimpapa Tandok, Kayu Salumar dan Kayu Semala. Batang Tongkat ini dibuat daripada Kayu Komando. Panjang Tongkat Ini 80 cm.
Labels:
cane,
koleksi tongkat,
tongkat,
tongkat kayu,
walking stick
Tongkat Kayu Buah Keranji
Cari penukul terambil gergaji
Kalau anda berhajat hendak tahu
Inilah Tongkat Kayu Buah Keranji.
Panjang Tongkat Kayu Ini 88cm.
Labels:
cane,
koleksi tongkat,
tongkat,
tongkat kayu,
walking stick
Subscribe to:
Posts (Atom)

Kepala Tongkat Kayu Teras Sakang Seribu Hitam
Kepala Tongkat Kayu Sakang Seribu Kuning Hitam

Koleksi Tongkat

Tongkat Kayu Komando

Kepala Tongkat Kayu Komando

Tongkat Kayu Komando
Tongkat ini adalah yang terbaru saya miliki dalam koleksi saya. Kayu nya juga istimewa . Dengar khabar kayu ini sangat susah hendak mendapatinya. Sehari suntok didalam hutan pun belum tahu berjumpa. Ia di namakan Komando kerana corak bunganya hitam berbelang tompok kuning, lebih kurang seperti corak pakaian askar komando. Batang Tongkat ini diperbuat dengan Kayu Komando dan kepala tongkat dihiasi dengan sembilan jenis kayu.Kayu-kayunya ialah Kayu Madang Sisik, Kayu Tolong-Tolong, Kayu Simpur Laki, Kayu Sepatir Bukit, Kayu Kulimpapa Tanduk, Kayu Sambar Bisa, Kayu Merbau, Kayu Saumah-Saumah dan Kayu Balian.Panjang ukuran tongkat ini 88 cm.

Koleksi Tongkat

Tongkat Alam Semulajadi
Ada di kalangan peminat-peminat koleksi tongkat yang suka kepada tongkat berbentuk alam semulajadi. Disini saya pamerkan sedikit sebanyak gambar-gambar tongkat berbentuk alam semulajadi. Insyallah dimasa yang terdekat ini saya akan mempamerkan satu persatu gambar tongkat yang ada dalam koleksi ini, serta menghurai secara ringkas apa jenis tongkat dan kayunya sekali.
Tongkat Berbentuk Alam Semulajadi


Tongkat Kayu Berbentuk Alam Semulajadi