Tongkat Kayu Komando Tigabelas


Tongkat Kayu Komando ini menggunakan reka bentuk bunga pusar dihiasi dengan tigabelas jenis kayu di Kepala Tongkat. Kayu Kayunya ialah Kayu Siti Fatimah, Kayu Tolong-Tolong,
Kayu Madang Sisik, Kayu Mali-Mali, Kayu Sambar Bisa, Kayu Sepatir, Kayu Sakang Seribu, Kayu Simpur Laki, Kayu Limpanas, Kayu Kulimpapa Tandok, Kayu Salumar dan Kayu Semala. Batang Tongkat ini dibuat daripada Kayu Komando. Panjang Tongkat Ini 80 cm.
Tongkat Kayu Komando
Tongkat ini adalah yang terbaru saya miliki dalam koleksi saya. Kayu nya juga istimewa . Dengar khabar kayu ini sangat susah hendak mendapatinya. Sehari suntok didalam hutan pun belum tahu berjumpa. Ia di namakan Komando kerana corak bunganya hitam berbelang tompok kuning, lebih kurang seperti corak pakaian askar komando. Batang Tongkat ini diperbuat dengan Kayu Komando dan kepala tongkat dihiasi dengan sembilan jenis kayu.Kayu-kayunya ialah Kayu Madang Sisik, Kayu Tolong-Tolong, Kayu Simpur Laki, Kayu Sepatir Bukit, Kayu Kulimpapa Tanduk, Kayu Sambar Bisa, Kayu Merbau, Kayu Saumah-Saumah dan Kayu Balian.Panjang ukuran tongkat ini 88 cm.
Tongkat Alam Semulajadi
Ada di kalangan peminat-peminat koleksi tongkat yang suka kepada tongkat berbentuk alam semulajadi. Disini saya pamerkan sedikit sebanyak gambar-gambar tongkat berbentuk alam semulajadi. Insyallah dimasa yang terdekat ini saya akan mempamerkan satu persatu gambar tongkat yang ada dalam koleksi ini, serta menghurai secara ringkas apa jenis tongkat dan kayunya sekali.
1 comment:
Macam mana mahu beli dan pembayaran serta harganya?
Post a Comment