assamualaikum

Sunday, July 13, 2008

Pameran Dan Jualan Tongkat Kayu




Hari ini saya berpeluang menyaksikan Pesta Buah-Buahan Dan Agri Makanan 2008 bertempat di Taman Rekreasi Kampong Parit. Banyak gerai-gerai pameran dan jual-jualan didirikan di kawasan taman tersebut. Saya telah dimaklumkan awal oleh bapa saudara saya, Tuan Haji Ishak bahawa beliau akan mengambil serta dalam pameran dan jualan ini. Di sini saya telah memasukkan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu pameran tersebut dijalankan.

Tongkat Kayu Siti Fatimah Limabelas






Tongkat Kayu ini dihiasi dengan kepala tongkat berbentuk lencong, dicantum dengan limabelas jenis kayu. Kayu Siti Fatimah, Kayu Sakang Seribu, Kayu Madang Sisik, Kayu Tolong-Tolong, Kayu Sambar Bisa,Kayu Arang, Kayu Sepatir, Kayu Kulimpapa Tanduk, Kayu Simpur Laki, Kayu Salumar, Kayu Semala, Kayu Limpanas, Kayu Asam Jawa, Kayu Mali-Mali dan Kayu Marbau. Batang tongkat ini dibuat dengan menggunakan Kayu Siti Fatimah. Panjang tongkat ini ialah 88cm.

Tongkat Kayu Komando Tigabelas







Tongkat Kayu Komando ini menggunakan reka bentuk bunga pusar dihiasi dengan tigabelas jenis kayu di Kepala Tongkat. Kayu Kayunya ialah Kayu Siti Fatimah, Kayu Tolong-Tolong,
Kayu Madang Sisik, Kayu Mali-Mali, Kayu Sambar Bisa, Kayu Sepatir, Kayu Sakang Seribu, Kayu Simpur Laki, Kayu Limpanas, Kayu Kulimpapa Tandok, Kayu Salumar dan Kayu Semala. Batang Tongkat ini dibuat daripada Kayu Komando. Panjang Tongkat Ini 80 cm.

Tongkat Kayu Buah Keranji



Cabut paku terlantak paku

Cari penukul terambil gergaji

Kalau anda berhajat hendak tahu

Inilah Tongkat Kayu Buah Keranji.

Panjang Tongkat Kayu Ini 88cm.

Saturday, May 3, 2008

Tongkat Kayu Sakang Seribu Ungu Sembilanbelas


Tongkat Kayu Sakang Seribu Ungu Sembilanbelas.















Kepala Tongkat Berbentuk Lencong



Batang Tongkat Kayu
Sakang Seribu Ungu
Bentuk Bunga Pusar

Tongkat Kayu Sakang Seribu Ungu Sembilanbelas

Tongkat Kayu Sakang Seribu Ungu Sembilanbelas adalah ciptaan dan reka terbaru daripada bapa saudara saya. Batang tongkat ini menggunakan Kayu Sakang Seribu Ungu yang hanya terdapat di daerah Temburong (Brunei) dan negara jiran Lawas dan Limbang Sarawak, Malaysia. Kepala tongkat di ubah suai daripada kepala berbentuk bulat kepada kepala tongkat yang berbentuk lencong. Lapanbelas jenis kayu disatukan menjadi kepala tongkat. Disini saya nyatakan jenis-jenis kayu tersebut: Kayu Tolong-Tolong ( Raja Kayu ) Kayu Limpanas Laki, Kayu Limpanas bini, Kayu Sambar Bisa, Kayu Siti Fatimah, Kayu Arang, Kayu Sepatir Bukit, Kayu Kulimpapa Tanduk, Kayu Simpur Laki, Kayu Semala, Kayu Selumar, Kayu Asam Jawa, Kayu Marbau, Kayu Badi, Kayu Komando, Kayu Sakang Seribu Kuning, Kayu Saumah-Saumah dan Kayu Tulang. Panjang Ukuran tongkat ini 88cm.

Tongkat Kayu Sakang Seribu Ungu
















Tongkat Kayu Seribu ungu ini di-buat dengan menggunakan sembilan jenis kayu. Lapan jenis kayu terletak di kapala tongkat. Kayu-Kayu tersebut ialah: Kayu Tolong-Tolong, Kayu Sepatir, Kayu Siti Fatimah, Kayu Sambar Bisa, Kayu Madangsisik, Kayu Luz, Kayu Mali-Mali, dan Kayu Merbau. Manakala batang tongkat di-buat khas dengan menggunakan Kayu Sakang Seribu Ungu.Panjang Tongkat berukuran 88cm.

Thursday, April 24, 2008

Tongkat Kayu Luz




Hari ini saya sempat meluangkan masa melawat bapa saudara saya,kebetulan beliau telah menyiapkan beberapa batang tongkat..... Apa lagi saya tidak membuang masa terus mengambil foto-foto tongkat untuk di pamerkan dalam blog saya.Tongkat Kayu Luz ini di ukir dengan mengunakan design beliau sendiri. Sebut saja Kayu Luz memang orang kenal, ia adalah salah satu spesis kayu yang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi di negeri-negeri Arab . Batang tongkat dihiasi dengan mengunakan Kayu Luz. Kepala tongkat dicantumkan dengan tiga jenis kayu iaitu Kayu Luz, Kayu Madangsisik dan Kayu Sepatir Bukit. Panjang ukuran tongkat ini 88 cm.

Monday, April 14, 2008

Tongkat Kayu Sakang Seribu Hitam






Tongkat Kayu Sakang Seribu

Tongkat kayu Sakang Seribu bunga tali bertindih ini saya miliki sejak tiga tahun yang lalu dari bapa saudara saya sendiri.Beliau adalah seorang pembuat tongkat kayu yang diketahui ramai oleh penggemar-penggemar koleksi tongkat kayu yang ada di Brunei Darussalam ini.Panjang ukuran tongkat ini 96 cm.

Kepala Tongkat Kayu Teras Sakang Seribu Hitam

Kepala Tongkat Kayu Sakang Seribu Kuning Hitam

Kepala Tongkat Kayu Sakang Seribu Kuning Hitam

Koleksi Tongkat

Koleksi Tongkat

Tongkat Kayu Komando

Tongkat Kayu Komando

Kepala Tongkat Kayu Komando

Kepala Tongkat Kayu Komando

Tongkat Kayu Komando

Tongkat ini adalah yang terbaru saya miliki dalam koleksi saya. Kayu nya juga istimewa . Dengar khabar kayu ini sangat susah hendak mendapatinya. Sehari suntok didalam hutan pun belum tahu berjumpa. Ia di namakan Komando kerana corak bunganya hitam berbelang tompok kuning, lebih kurang seperti corak pakaian askar komando. Batang Tongkat ini diperbuat dengan Kayu Komando dan kepala tongkat dihiasi dengan sembilan jenis kayu.Kayu-kayunya ialah Kayu Madang Sisik, Kayu Tolong-Tolong, Kayu Simpur Laki, Kayu Sepatir Bukit, Kayu Kulimpapa Tanduk, Kayu Sambar Bisa, Kayu Merbau, Kayu Saumah-Saumah dan Kayu Balian.Panjang ukuran tongkat ini 88 cm.


Koleksi Tongkat

Tongkat Alam Semulajadi

Ada di kalangan peminat-peminat koleksi tongkat yang suka kepada tongkat berbentuk alam semulajadi. Disini saya pamerkan sedikit sebanyak gambar-gambar tongkat berbentuk alam semulajadi. Insyallah dimasa yang terdekat ini saya akan mempamerkan satu persatu gambar tongkat yang ada dalam koleksi ini, serta menghurai secara ringkas apa jenis tongkat dan kayunya sekali.

Tongkat Berbentuk Alam Semulajadi

Tongkat Berbentuk Alam Semulajadi

Tongkat Kayu Berbentuk Alam Semulajadi