

Hari ini saya sempat meluangkan masa melawat bapa saudara saya,kebetulan beliau telah menyiapkan beberapa batang tongkat..... Apa lagi saya tidak membuang masa terus mengambil foto-foto tongkat untuk di pamerkan dalam blog saya.Tongkat Kayu Luz ini di ukir dengan mengunakan design beliau sendiri. Sebut saja Kayu Luz memang orang kenal, ia adalah salah satu spesis kayu yang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi di negeri-negeri Arab . Batang tongkat dihiasi dengan mengunakan Kayu Luz. Kepala tongkat dicantumkan dengan tiga jenis kayu iaitu Kayu Luz, Kayu Madangsisik dan Kayu Sepatir Bukit. Panjang ukuran tongkat ini 88 cm.